Term And Condition Untuk Pembeli Indoor LED Billboard (ILB)

Saya ingin menggantikan iklan dengan video lain. Bagaimanakah caranya?

Kami memberikan kebebasan kepada anda untuk mengubah iklan anda pada bila-bila masa mengikut kehendak anda, sama ada untuk iklan jualan tahunan, jualan sempena Hari Kemerdekaan, jualan selama 3 hari, atau pelbagai jenis jualan lain mengikut kehendak anda. Kami memberikan fleksibiliti kepada anda untuk menukar iklan anda.

Jika anda berminat untuk menukar iklan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

Untuk setiap kali menukar iklan pada satu paparan LED, terdapat kos pengurusan sebanyak RM 250. Jika anda melanggan Indoor LED Billboard dalam jumlah yang banyak, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Adakah saya boleh menukar lokasi iklan?

Anda boleh menukar tempat pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan di lokasi lain. Kos pengurusan yang dikenakan untuk satu kali penukaran adalah RM350 bagi setiap satu LED. Namun, jika anda melanggan dalam jumlah yang banyak, boleh hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Adakah terdapat jaminan sepanjang tempoh iklan?

Kami memberikan jaminan selama 6 bulan atau sesuai dengan tempoh langganan anda jika terdapat sebarang masalah dengan lokasi yang kami sediakan. Kami berhak untuk menukar lokasi tersebut dengan yang memiliki nilai yang sama atau yang lebih baik.

Apakah yang akan berlaku jika saya mempunyai pembayaran tertunggak sepanjang tempoh langganan saya?

Setiap bulan, pembayaran harus diterima antara 1 hingga 5 hari bulan. Jika terdapat pembayaran tertunggak, iklan anda akan dihapuskan dari panel LED pada hari ke-6 bulan tersebut.

Untuk deposit macam mana ?

Deposit yang diberikan tidak akan digunakan dan akan dikembalikan apabila pembayaran mencukupi setahun atau enam bulan. Deposit akan burn jika pembayaran tidak diterima menjelang akhir bulan kedua sebelum 5 hari bulan.

Berapa tempoh yang diperlukan untuk menghantar design/video untuk digunakan dalam iklan LED?

Anda perlu menghantar design/video dalam tempoh 5 hari selepas pembayaran dibuat. Jika gagal menghantar artwork dalam tempoh yang ditetapkan, ini akan mengakibatkan pengurangan tempoh iklan. Ini bermakna iklan anda mungkin tidak akan ditayangkan selama 6 bulan atau 1 tahun yang telah ditetapkan.